20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai
Mempercayai
seseorang
bukanlah
mudah
sebenarnya.
Jika
baru
mengenalinya
tentu
perasaan
sangsi
akan
timbul
dari
sanubari.
Ada
juga
yang
sudah
lama mengenali tapi masih juga
belum mempercayai. Dalam satu
perhubungan, tidak wajar
sekiranya kamu masih tidak ada
kepercayaan terhadap si dia.
Walaupun mungkin kamu tidak
akan mempercayai si dia seratus
peratus, tapi tak salah kalau
kamu meletakkan anggaran
dibawah 70 peratus keyakinan
kamu terhadapnya. Tapi
mudahkah kamu melakarkan
kepercayaan terhadap si dia?
Sebenarnya ada faktor-faktor
yang boleh menimbulkan
kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang
dilihat dan didengar tanpa syak
wasangka. Bagi kamu apa yang
dibicarakan tidak perlu disangsi
kerana ianya ada kebenaran
serta boleh mendatangkan
kebaikan dalam perhubungan
kamu. Tapi berhati-hatilah
kerana mungkin dengan cara ini
si dia boleh ‘menjerat’
kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu
adalah konsisten membuatkan
kamu boleh menganggap
adakah si dia boleh dikawal
ataupun tidak. Contohnya, si dia
akan datang tepat pada waktu
yang dijanjikan dan boleh
menerima pendapat kamu.
Maknanya kamu boleh â
€˜mengawal’ dirinya dari
melakukan perkara yang tidak
kamu sukai. Bukanlah bermakna
kamu boleh mengongkongnya
tetapi jika si dia menuruti
kehendak kamu ini bermakna si
dia mempercayai kamu dan tidak
ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar
menepati janji, tapi juga
menghargai perjanjian yang telah
dipersetujui bersama. Jika kamu
ataupun si dia berani
berkomitmen dan bersungguh-
sungguh dalam perhubungan ,
tentu saja perhubungan kamu
ceria dan aman. Sikap saling
mempercayai yang wujud dalam
diri masing-masing akan
mewarnai lagi perhubungan
kamu itu. Malah ianya akan
membuatkan si dia lebih yakin
dengan kejujuran kamu
terhadapnya. Jadi tiada alasan
untuk si dia berlaku curang
terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk
menjamin sebuah perhubungan
yang bahagia. Kamu juga tidak
patut menyembunyikan perkara-
perkara yang sepatutnya
diketahuinya. Jika kamu dan si
dia jujur , ini membolehkan
kamu berdua tidak takut untuk
berbahas kerana berpendapat
ianya juga untuk kebaikan
bersama. Walaupun adakalanya
tercetus pertengkaran kecil
kerana masing-masing ingin
mengutarakan pendapat sendiri,
tetapi akhirnya mengambil
keputusan untuk memilih
pendapat yang terbaik demi
menjamin perhubungan yang
stabil.
Faktor 5 - Terima seada-
adanya
Kunci keintiman dalam suatu
perhubungan adalah menerima
seadanya baik buruk pasangan
kamu. Bila hati sudah suka dan
sayang, tentu saja kamu sanggup
menerimanya walaupun
menyedari tentunya ada
perkara-perkara negatif
tentangnya. Namun begitu,
tentunya kamu dan si dia
berusaha untuk berubah jika
terdapat sikap-sikap yang tidak
disenangi hingga boleh
menjejaskan perhubungan.
Usaha kamu dan si dia ini
menampakkan kesungguhan
yang amat ketara demi menjamin
perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu
menginginkan pasangan yang
tidak hanya mendengar
pendapat sebelah pihak. Malah
harus bijak mengutarakan
pendapat sendiri. Kamu juga
tentunya berharap agar si dia
mengerti tentang pandangan
kamu terhadap pelbagai
perkara. Jika tidak, mungkin
perhubungan hanya mendatar
saja. Bukan itu saja, kemarahan
juga boleh timbul ekoran
perasaan yang tidak
dimengertikan dan menganggap
diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk
memberikan pengertian yang
lebih mendalam, seakan
berusaha menempatkan diri kita
di dalam emosi si dia.
Sebenarnya tidak mudah
melakukan perkara ini. Tapi bila
dapat menimbulkan simpati,
kebanyakan pasangan mampu
mengatasi perkara-perkara yang
boleh menimbulkan
pertengkaran dan perselisihan
pendapat kerana memahami
sesuatu yang boleh mengganggu
hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh
memberi pandangan bersama si
dia. Baik dalam hal-hal remeh
temeh hinggakan ke perkara
yang serius. Kamu akan merasa
si dia bukan saja mendengar
malah akan menyimpan rahsia
kamu. Apa yang penting kamu
juga harus mengetahui dan
berkeyakinan adakah si dia
memang boleh menyimpan
rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari
perbezaan pendapat antara
kamu dan si dia. Mereka yang
berusaha terlalu keras untuk
menyangkal atau takut mengakui
bahawa dirinya berbeza
pendapat dengan pasangannya
selalunya seorang yang tidak
berani menghadapi kenyataan.
Tak mungkin akan selalu sama
pendapat sebaliknya mampu
berkompromi untuk
menunjukkan kedewasaan
masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh
pengertian dan rasa untuk
dimaafkan. Kerana dendam
boleh menjadi punca
kehancuran sesebuah
perhubungan. Walaupun pernah
dilukai, namun perasaan
dendam ataupun membalas
balik mungkin tidak akan
terlintas dalam fikiran. Bagi diri
kamu, mungkin berdendam
bukanlah jalan penyelesaian
yang terbaik malah ianya akan
memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itulah kemaafan
adalah perkara yang terbaik
untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan
tidak perlu untuk
mengungkapkan secara lisan apa
yang ada dibenaknya. Walaupun
hakikatnya perkara itu sangat
penting dan perlu disampaikan
secepat mungkin bagi
menggelakkan perkara yang
tidak diingini akan berlaku. Oleh
sebab itulah, jalan yang terbaik
ialah setiap individu harus
berfikiran terbuka. Bukannya
harus menerima pendapatnya
tanpa perlu berfikri panjang
sebaliknya kita harus
mendengarnya dahulu dan
barulah membuat keputusan.
Tak semestinya apa yang
dikatakan tidak elok begitu juga
sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran
memainkan peranan yang
penting dalam sesebuah
perhubungan. Bukan saja dari
segi perbuatan malah juga
percakapan. Apa yang ingin
disampaikan haruslah dengan
niat sejujur yang mungkin dan
bukanlah hanya untuk
melindungi kesilapan. Pilihlah
kata-kata yang sedap didengar
dan senang dimengertikan.
Melalui komunikasi, kita juga
boleh ‘menangkap’
adakah si dia jujur dan tulus
ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu
didampingi
Bukan semua orang sukakan
kekasihnya sentiasa disisi. Ada
juga yang inginkan sedikit
kebebasan dan asal bijak
mengawal diri itu sudah cukup
memadai. Apa yang penting, jika
si dia tidak menemani kamu,
jangan pula berfikir yang bukan-
bukan dan mulalah menganggap
yang si dia sengaja mahu
mengabaikan kamu. Singkirkan
perasaan ini kerana ini bukanlah
niatnya sebaliknya ingin
memberikan kamu sedikit ruang
untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat
di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh
sebenarnya banyak mengajar
kita erti rindu yang sebenar.
Walaupun tempohnya agak
lama, haruslah mempercayai
jarak dan waktu tersebut tidak
akan memisahkan diri kamu dan
si dia. Perasaan ini harus wujud
walaupun tidak selalu dapat
bersua namun perasaan saling
merindu dan menyayangi akan
menguatkan lagi perhubungan
kamu itu. Apapun teguhkan hati
dan pendirian kamu bahawa
hanya cinta si dia sahaja yang
bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua
akan menguatkan lagi rasa cinta
bila masing-masing yakin bahawa
hubungan itu diimbangkan
dengan prioriti utama. Jangan
hanya mementingkan hak
seorang diri saja dan haruslah
mengambil berat tentang kedua
belah pihak. Sebenarnya kamu
berdua saling memerlukan
antara satu sama lain untuk
memastikan keseimbangan
dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling
menyalahkan
Tak selalu hubungan yang
terjalin berjalan lancar dan
adakalanya ia akan â
€˜bergegar’ jua. Hubungan
cinta yang lancar haruslah tidak
dilandasi sikap saling
menyalahkan. Apa yang terjadi
merupakan interaksi dari dua
pihak yang memiliki kebebasan
mengeluarkan pendapat dan
keinginan yng berbeza.
Menyalahkan antara satu sama
lain bukanlah boleh
menyelesaikan masalah
sebaliknya akan menjejaskan lagi
hubungan. Keegoan mungkinlah
penyebab mengapa kamu dan si
dia saling menyalahkan antara
satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-
menghormati
Saling hormat-menghormati
adalah dasar perhubungan yang
positif. Kamu harus menghormati
si dia dan begitu juga sebaliknya.
Tapi jangan kerana terlalu
menghormatinya hinggakan
kamu berasa amat segan
dengannya. Ini akan mendorong
rasa malu dan segan untuk
meluahkan apa yang kamu
pendamkan dan membuatkan
hubungan kamu sukar untuk
berkembang. Oleh sebab itulah
kamu perlu membatasi rasa
hormat dan segan terhadap si
dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu
menghargai si dia. Bukannya
hendak menyanjung tinggi
ataupun terlalu memuja dirinya.
Tetapi biarlah sekadar si dia tahu
yang kamu amat mengharagi
kasih dan dirinya. Caranya?
Emmm… hanya kamu saja
yang tahu bagaimana kerana lain
orang lainlah caranya. Apapun
kalau kamu memang
sayangkannya, jangan segan silu
untuk menunjukkan perasaan
kamu serta jangan lupa harga
perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu
seorang yang materialistik? Mesti
kekasih kamu ‘pokai’
dibuatnya. Mana taknya kalau
kamu minta yang bukan-bukan.
Dalam perhubungan, jangan
sesekali kamu menjadikan wang
sebagai punca utama mengapa
kamu memilih si dia. Jika ianya
terjadi, hubungan kamu mungkin
sukar bertahan lama dan
membuatkan si dia akan
berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan
bersama
Manusia hanya mampu
merancang tapi Tuhan yang
menentukan segalanya. Tapi ada
bagusnya kalau kamu dan si dia
merancang sesuatu untuk
menjamin kebahagian. Tentunya
kamu sendiri inginkan yang
terbaik demi masa depan
bersama. Bukan mudah untuk
mencipta kebahagiaan dan
mengecapi kegemilangan dalam
perhubungan. Pastinya semua
mengimpikan sesuatu yang indah
dalam perhubungan. Begitu juga
kamu bukan? Apa perancangan
kamu agaknya ye?

Bagikan
by: alung

Snack's 1967