1.
Urusan
pertama
yang
ditanyakan pada hari akhirat
nanti ialah mengenai solat dan
mengenai urusan suaminya
(apakah ia menjalankan
kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari
rumah suaminya maka tidak
diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan
tangannya kepada suaminya
(meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang
memakai bau-bauan kemudian
ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi agar mereka tercium bau
harumnya maka dia adalah
perempuan zina dan tiap-tiap
mata yang memandang itu
adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah
tinggal di rumah, tidak keluar
kecuali atas urusan yang
mustahak. Wanita yang keluar
rumah akan dipesonakan oleh
iblis. Sabda Nabi s.a.w.,
"Perempuan itu aurat, maka
apabila ia keluar mendongak
syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat
lelaki sebagaimana lelaki haram
melihat wanita yang halal nikah
(kecuali dalam urusan menuntut
ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada
suatu hari ketika Rasulullah
s.a.w. bersama isteri-isterinya
(Ummu Salamah r.ha. dan
Maimunah r.ha.), datang
seorang sahabat yang buta
matanya (Ibnu Maktum)
Rasulullah s.a.w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam.
Bertanya Ummu Salamah,
"Bukankah orang itu tidak dapat
melihat kami, Ya Rasulullah ?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bukankah kamu dapat
melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan
pakaian dalam keadaan berhias
(bukan untuk suami dan
mahramnya) adalah seumpama
gelap-gelita pada hari Qiamat
tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang
bermasam muka menyebabkan
tersinggung suaminya, maka
wanita itu dimurkai Allah
sehingga ia bermanis muka dan
tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri
mengerjakan puasa sunat kalau
suaminya ada di rumah serta
tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati
(redha) dengan suaminya yang
telah dijodohkan oleh Allah,
sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak
keluar dari rumahnya melainkan
jika terpaksa(kerana sesuatu
urusan yang mustahak) dan ia
juga tidak berhak melalui jalan
lalu lalang melainkan di tepi-
tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki
akan isterinya ke tempat tidur
tetapi ditolaknya hingga
marahlah suaminya, akan
tidurlah wanita itu dalam laknat
oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang
menggunakan lidahnya untuk
menyakiti hati suaminya, ia akan
mendapat laknat dan
kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia
sekalian.
14. Tidak harus seseorang
manusia sujud kepada manusia
dan jika diharuskan, maka akan
aku perintahkan semua kaum
wanita sujud pada suaminya
kerana membesarkan dan
memuliakan hak-hak suami
mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati
suaminya dengan lidahnya pada
hari Qiamat nanti Allah jadikan
lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat ke belakang
lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak
pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang
dahsyat di dalamnya. Telah aku
saksikan kebanyakan ahli neraka
ialah wanita." Rasulullah s.a.w.
ditanyai, "Mengapa demikian Ya
Rasulullah?" Jawab Rasulullah
s.a.w. "Wanita mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan
ehsannya. Jika engkau berbuat
baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka
adalah terdiri dari kaum wanita."
Maka menangislah mereka dan
bertanya salah seorang daripada
mereka, "Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak
atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w.
"Tidak, mereka ini ialah mereka
yang tidak bersyukur akan
nikmat suaminya, sesungguhnya
tiap-tiap seorang kamu adalah
dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali
ganda seorang lelaki di dalam
neraka dan 2 kali ganda seorang
lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu
adalah isi neraka dan kayu api."
Hazrat Aishah bertanya,
"Mengapa wahai Rasulullah
s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan
perempuan itu tidak sabar dalam
menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan
melayani suami serta melakukan
kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di
atas kemurahan Allah yang
didatangkan melalui suaminya.
(Jarang terdapat orang
perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di
atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar)
terhadap nikmat Allah.
(Contohnya: Apabila berlaku
sesuatu pertengkaran ada isteri
yang berkata sudah 10 tahun
kahwin dengan awak tidak ada
apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang
sia-sia yang berdosa.
(Contohnya: Bercakap mengenai
perabot-perabot rumah yang
tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu
pengetahuannya dalam agama
iaitu mereka sering tertipu atau
terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam
sekeliling dan suasana serta
kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku
dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Tiga golongan dari
umatku akan mengisi neraka
jahanam selama 7 kali umur
dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi
telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus
itu ialah wanita yang sihat tubuh
badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi
telanjang ialah wanita yang
cukup pakaiannya tetapi tidak
taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah
ulama yang menghalalkan yang
haram kerana kepentingan
peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari
r.ha. diriwayatkan telah berkata
kepada puterinya pada hari
perkahwinan anaknya itu,
"Wahai anakku, kini engkau
akan keluar dari sarang di mana
engkau dibesarkan. Engkau akan
berpindah ke sebuah rumah dan
hamparan yang belum engkau
kenali. Itulah suami mu. Jadilah
engkau tanah bagi suami mu
(taat perintahnya) dan ia akan
menjadi langit bagi mu (tempat
bernaung). Jadilah engkau
sebagai lantai supaya ia dapat
menjadi tiangnya. Jangan engkau
bebani dia dengan berbagai
kesukaran kerana itu akan
memungkinkan ia meninggalkan
mu. Kalau ia mendekatimu,
dekatilah ia dan jika ia menjauhi
mu maka jauhilah ia dengan
baik. Peliharalah benar-benar
suami mu itu akan hidungnya,
pendengarannya, matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia
mendengar melainkan yang enak
dan janganlah ia melihat
melainkan yang indah sahaja
pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada
anaknya, "Sepanjang hidupku,
aku hanya memilih 8 kalimah
dari pusaka para Nabi yang lalu
iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat
kepada Allah SWT maka jagalah
baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di
rumah orang lain, maka jagalah
pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di
tengah-tengah majlis maka
jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam
jamuan makan maka jagalah
perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada
orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan
orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang
menjadikan wanita itu derhaka
kepada suaminya seperti
tersebut di dalam kitab
Muhimmah:
a. Menghalang suami dari
bersuka-suka dengan dirinya
sama ada untuk jimak atau
menyentuh mana-mana
bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami
sama ada ketika suami ada di
rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar
ilmu yang bukan ilmu Fardhu
Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar
ilmu Fardhu Ain jika suaminya
tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah)
bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak
membenarkan suami masuk ke
rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika
berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi
suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada
dengan perkataan atau
perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur
tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain
masuk ke dalam rumah
sedangkan ia tidak disukai oleh
suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada
suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan)
mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan
suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami
berkata-kata.
e. Berdiri menyambut
kedatangannya.
f. Berdiri menghantar
pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika
masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang
harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan
menghilangkan bau mulut untuk
suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan
tinggalkan hiasan ketika
tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada
suaminya.
l. Memuliakan keluarga
suaminya.
m. Memandang pemberian
suaminya yang kecil sebagai
besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka
bagi seorang wanita itu
bergantung pada redha atau
tidaknya suami padanya.